Di sini saya mahu mengingatkan pada pembaca dan juga pada diri saya sendiri, apakah tujuan sebenar blog dan laman web sosial dibina pada awalnya? Blog dibina bertujuan supaya kita dapat berkongsi pendapat dan pengalaman, dan juga pada masa kini kita boleh menggunakannya sebagai platform untuk memulakan perniagaan dan komuniti. Laman web sosial pula lebih fokus kepada membentuk komuniti dan berkongsi sumber-sumber yang berfaedah. Secara ringkasnya, semua ini adalah untuk kebaikan komuniti, bukan untuk menjatuhkan sesetengah pihak.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menjadi contoh di mata dunia bahawa kita mementingkan adab sopan dan kehormatan ketika berkata-kata, walaupun di dunia siber. Lukman Al-Hakim pernah menyatakan (betulkan saya jika salah), baik buruknya seseorang itu bergantung pada hati dan lidahnya. Jika baik hati dan lidahnya, maka baiklah peribadinya dan begitu jugalah sebaliknya. Konsep lidah disini juga termasuklah kata-kata, tak kira dari segi lisan dan penulisan.
Saya memang amat berharap, gejala ini dapat diambil serius oleh masyarakat kita.
p/s: Al-Fatihah buat Allahyarham Din Beramboi, kamu telah membuktikan bahawa kamu mampu membuat rakyat Malaysia tersenyum dan tertawa di pagi hari.

2 comments:
well said abg!
(^_^)
slalunya org xmatang mmg mcm tu~
tulis dulu baru pikir~
dak rafiqin tu baru umo 14 kot!
Tu la pasal... Budak zaman skang memang berani sgt, cakap ikut sedap je. Ni rasanya sebab dia nakkan perhatian, tapi toksahlah buat sampai mcm tu.
Post a Comment