Saya baru sahaja membaca sebuah artikel mengenai kencing tikus, kerana saya berpendapat bahawa kencing tikus adalah sesuatu yang amat bahaya dan patut dititikberatkan. Fakta-fakta yang saya fahami adalah seperti berikut:
1) Leptospirosis adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria leptospira yang kebiasaannya hidup di kawasan air tawar dan masin.
2) Pembawa bakteria leptospira adalah banyak, termasuk haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, dan kuda. Tetapi tikus adalah menjadi penyebar utama bakteria ini kerana tabiat hidupnya yang gemar memakan dan tinggal di kawasan yang kotor.
3) Iklim negara kita yang panas dan lembab, menjadi faktor utama kepada pembiakan bakteria leptospira.
4) Pembiakan tikus yang cepat membantu penyebaran bakteria leptospira. Bakteria ini akan tersebar melalui cecair yang dikeluarkan seperti air kencing, air liur, darah dan sebagainya.
5) Bakteria daripada tikus juga boleh disebarkan melalui air dan tanah. Adalah disarankan supaya memakai sarung tangan atau memcuci menggunakan antiseptik apabila mahu melakukan aktiviti berkebun.
6) Haiwan peliharaan seperti kucing juga berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan jika ianya meminum air yang mengandungi bakteria leptospira. Pemilik kucing diingatkan supaya sentiasa mencuci tangan atau badan apabila memegang kucing peliharaan.
P/S: Senang kata, jaga kebersihan! ( ^_^ )
Tuesday, April 13, 2010
Monday, April 5, 2010
Penyalahgunaan Blog Dan Laman Web Sosial di Malaysia.
Satu ketika dulu, Malaysia digemparkan dengan pengakuan seorang pengguna Facebook yang mengaku diri adalah pembakar gereja, walaupun hanya untuk bergurau. Ditambah lagi dengan kes menghina Sultan Johor, fenomena ini semakin menjadi-jadi. Yang terkini, kita sedia maklum dengan kenyataan berani mati seorang remaja muda mengutuk Allahyarham Din Beramboi yang sudah kembali ke Rahmatullah pada 2 April lalu.
Di sini saya mahu mengingatkan pada pembaca dan juga pada diri saya sendiri, apakah tujuan sebenar blog dan laman web sosial dibina pada awalnya? Blog dibina bertujuan supaya kita dapat berkongsi pendapat dan pengalaman, dan juga pada masa kini kita boleh menggunakannya sebagai platform untuk memulakan perniagaan dan komuniti. Laman web sosial pula lebih fokus kepada membentuk komuniti dan berkongsi sumber-sumber yang berfaedah. Secara ringkasnya, semua ini adalah untuk kebaikan komuniti, bukan untuk menjatuhkan sesetengah pihak.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menjadi contoh di mata dunia bahawa kita mementingkan adab sopan dan kehormatan ketika berkata-kata, walaupun di dunia siber. Lukman Al-Hakim pernah menyatakan (betulkan saya jika salah), baik buruknya seseorang itu bergantung pada hati dan lidahnya. Jika baik hati dan lidahnya, maka baiklah peribadinya dan begitu jugalah sebaliknya. Konsep lidah disini juga termasuklah kata-kata, tak kira dari segi lisan dan penulisan.
Saya memang amat berharap, gejala ini dapat diambil serius oleh masyarakat kita.
p/s: Al-Fatihah buat Allahyarham Din Beramboi, kamu telah membuktikan bahawa kamu mampu membuat rakyat Malaysia tersenyum dan tertawa di pagi hari.

Subscribe to:
Posts (Atom)