Monday, June 29, 2009

Tanggal 18/6/2009

Tanggal 18/6/2009

Ketika aku berapa di dalam kelas EOP, aku dapat mesej dari mak aku.....

"Lepas kelas, pergi balik kota kemuning. Kita pergi jenguk kak Dila. Kak Dila dah masuk hospital"

Untuk pengetahuan semua, akak aku dah mengandung selama 9 bulan masa tu, tapi kalau ikut due sepatutnya minggu depan. Aku bergegas nak keluar kelas awal, kebtulan kelas hari tu merupakan kelas terakhir sebelum exam.

Sebelum aku balik kota kemuning, aku ingat aku nak jenguk kak dila dulu sambil nak kenal jalan mcm mana nak pg Pusrawi (Pusat Rawatan Islam). Senang skit malam ni nak bawak mak bila dah tau jalan. So, petang tu aku pergi jumpa kak dila sambil bawak teman kesayanganku, baiti. :)

Masa aku jumpa kak dila, dia ditempatkan di labour room wad Ar-Rahmah, tapi blum ready untuk bersalin lagi. Aku berborak sekejap dgn kak Dila, bila Abg Wan dah sampai baru kitorang balik UIA.

Malam tu, aku bawak mak & kak lin pergi ke Pusrawi. Masa tu, kak Dila dah ditempatkan di bilik 12, Wad As-Saadah. Mak kasi air selusuh kat kak Dila, pastu kitorang tolong belikan mee goreng bungkus kat cafe hotel sebelah Pusrawi untuk abg wan. Bila kitorang dah sampai, kitorang terkejut dapat tau yg kak Dila masuk balik labour room, dah bersedia utk bersalin.

Kitorang cepat2 pergi ke wad Ar-Rahmah, tengok keadaan kak dila. Hanya mak n abg wan saja
yg dibenarkan berjumpa dgn kak dila, aku ngn kak lin duk kat tempat menunggu. Bila semua looks normal, kitorang balik ke kota kemuning. Abg wan je tinggal temankan kak dila.

Tanggal 19/6/2009

Di subuh hari, bila aku turun ke tingkat bawah, aku dpt tau yg mak tak tidur semalaman risaukan kak dila. Sebab kak dila masih blum bersalin lagi, pintu rahim blum buka separuhnya. Pagi dalam pukul 10, aku bawak mak, tasha dan aunty midah pergi ke IKEA dan Courts Mammoth, beli barang2 utk rumah baru kak dila n abg wan. Pastu, kitorang pergi lunch kat The Curve. Bila dah selesai semuanya, kitorang dpt berita yg condition kak dila masih sama. Epidural pun kak dila dah amik, sakitnya tak boleh dibayangkan katanya.

Bila dah masuk waktu Asar, doktor suggest utk buat pembedahan. Mak cakap, buat la apa sahaja asalkan baby dan kak dila selamat. Masa tu, kitorang dah dalam perjalanan ke Pusrawi. Tapi, kitorang tersekat dlm traffic jam sebab terpaksa redah Jalan Raja Laut. Bila sampai sana, kitorang dpt dapat tau yg baby dah selamat dilahirkan, cuma kak dila masih dlm Operation Theater utk buat jahitan. Kitorang pergi tgk baby kat babies room.

Aku tgk baby tu, punya la kecil. Tak sampai sehasta tangan aku. Masa tu, aku sedar betapa susahnya dan besarnya pengorbanan seorang ibu utk melahirkan anak. Masa tu jgak, aku terpikir macam mana ada orang sanggup buang anak yg kecil dan tak berdosa. Aku nampak, alangkah kecilnya seorang bayi yg baru dilahirkan.

Aku dah berazam, aku akan buat yg terbaik utk mak, isteri dan anak2 aku kerana pengorbanan mereka tiada hadnya.

Monday, June 8, 2009

Hellop!!!!

Hellop!!!!

Pekabar semua? aku harap semua sihat2 belaka. Nak dijadikan cerita, minggu lepas merupakan minggu yg paling truk bagi aku. Aku cepat sgt marah2 n terasa hati, baran aku yg dah lama menghilang sejak sekian lama, datang balik masa tu.

Minggu lepas, entah apa pasal ntah, skrin laptop aku tetiber buat hal. Skrin bole jadi sangat malap (tapi still menyala). Terpaksa la petang tu jgak aku pegi lowyat ngn fahmi n baiti. Sebelum aku nak bertolak, aku dpt tau plak yg adapter laptop aku dah rosak (tensen2)..... kalau ikutkan aritu, maunya aku campak ke sungai. Tapi mahal punya pasal, aku tahan je.

Masa aku kat lowyat, aku merajuk ngn baiti (time ni aku jadi mcm bdak2, sensitif semacam). Aku terasa hati atas hal kecik je. Dia pun bengang ngn aku atas salah yg aku buat time tu. So, kitorang tak bertegur sapa nak dekat sejam, tapi still jalan2 sama2. Aku kesian kat fahmi, jadi mangsa keadaan (sorry beb). Tapi tak lama pastu, aku ngn baiti sudah berbaik semula (Sayang weh, aku tak malu mengaku).

Keessokkan harinya, aku pergi ke kuantan bersama baiti n kwan2nya, utk menghadiri kenduri kawen kakak fatin, boleh tahan jauhnya. Pastu, kitorang lepak kat tangjung api, saja buang masa kat sana.

Oklah, aku sambung nanti k. Chow.



Tuesday, June 2, 2009

Tips ketika anda boring di dalam lif.

Nie aku dapat dari lawaksempoi.blogspot.com....

1. Ketika anda hanya berdua dgn org yg tak dikenali, cuit bahunya..! kemudian b'pura2 melihat ke tempat lain..

2. buat muka m'gerang kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit
"diam, semuanya diam..!"

3. bawa la kamera & ambil gambar semua org yg ade kat dlm lif tu..

4. pindahkn meja keje anda ke dlm lif.. jika ada yg masuk, tanyakn apakah mereka sudah membuat temujanji...

5. b'pura2 menjadi pramugari..! tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan spt. di dlm kapal terbang..

6. ketika pintu menutup, beri pengumumuan kpd. semua org..
" bertenang, jangan panik.. nanti pasti akan terbuka lagi..."

7. buka la beg tangan anda, sambil melihat ke dlm beg tangan, tanyalah
" eh, cipan...cukup tak udara kat situ..?"

8. diam & jgn bergerak sama sekali di sudut lif.. m'hadap dinding, jgn sesekali keluar..!

9. dengarkn suara kat dinding lif dgn stetoskop...kot2 boleh dgr suara kentut cipan ke....

10. buatla garis d lantai sekeliling anda m'ggunakn kapur..lalu beritahu
" ini adalah wilayah saya....!"

Hai eberibodi!!!!

Hai eberibodi!!!!

Aku dah lama btul tak update blog, maklum la busy sgt..... eop, family and buah hati, sumer dah cukup utk memenuhkan masa luang aku, memang tak sempat nak rasa bosan.... penuh dgn suasana ceria.

Skang ni aku dlm kelas EOP, baru hbs buat discussion utk company. So far, byk progres yg dah habis. Cover letter, Company profile sume dah siap dan diperiksa oleh mdm umairah. Alhamdulillah..... Skang ni, kelas baru habis. Sempat plak bdak2 ni buat fotografi session ngn madam. nasib baik madam sempoi.

Aritu aku balik Kluang, utk kasi barang kat bapak aku. Aku terpaksa balik sengsorang, sebab takde bdak2 kluang nak ikut balik. Punya la mengantuk, aku terpaksa minum 2 tin air power root. huhuhuuuhuhuhu.......

Sejak akhir2 ni, aku selalu tgk wayang ngn awek aku.... mcm2 movie aku tgk (setan budeq, alien vs monster, night at the museum etc) Skang ni aku tgh tgu movie transformer je, mau tgk 3D version.

OK lah, cukup utk kali ni.... len kali aku mengarut lagi.