Tanggal 18/6/2009
Ketika aku berapa di dalam kelas EOP, aku dapat mesej dari mak aku.....
"Lepas kelas, pergi balik kota kemuning. Kita pergi jenguk kak Dila. Kak Dila dah masuk hospital"
Untuk pengetahuan semua, akak aku dah mengandung selama 9 bulan masa tu, tapi kalau ikut due sepatutnya minggu depan. Aku bergegas nak keluar kelas awal, kebtulan kelas hari tu merupakan kelas terakhir sebelum exam.
Sebelum aku balik kota kemuning, aku ingat aku nak jenguk kak dila dulu sambil nak kenal jalan mcm mana nak pg Pusrawi (Pusat Rawatan Islam). Senang skit malam ni nak bawak mak bila dah tau jalan. So, petang tu aku pergi jumpa kak dila sambil bawak teman kesayanganku, baiti. :)
Masa aku jumpa kak dila, dia ditempatkan di labour room wad Ar-Rahmah, tapi blum ready untuk bersalin lagi. Aku berborak sekejap dgn kak Dila, bila Abg Wan dah sampai baru kitorang balik UIA.
Malam tu, aku bawak mak & kak lin pergi ke Pusrawi. Masa tu, kak Dila dah ditempatkan di bilik 12, Wad As-Saadah. Mak kasi air selusuh kat kak Dila, pastu kitorang tolong belikan mee goreng bungkus kat cafe hotel sebelah Pusrawi untuk abg wan. Bila kitorang dah sampai, kitorang terkejut dapat tau yg kak Dila masuk balik labour room, dah bersedia utk bersalin.
Kitorang cepat2 pergi ke wad Ar-Rahmah, tengok keadaan kak dila. Hanya mak n abg wan saja
yg dibenarkan berjumpa dgn kak dila, aku ngn kak lin duk kat tempat menunggu. Bila semua looks normal, kitorang balik ke kota kemuning. Abg wan je tinggal temankan kak dila.
Tanggal 19/6/2009
Di subuh hari, bila aku turun ke tingkat bawah, aku dpt tau yg mak tak tidur semalaman risaukan kak dila. Sebab kak dila masih blum bersalin lagi, pintu rahim blum buka separuhnya. Pagi dalam pukul 10, aku bawak mak, tasha dan aunty midah pergi ke IKEA dan Courts Mammoth, beli barang2 utk rumah baru kak dila n abg wan. Pastu, kitorang pergi lunch kat The Curve. Bila dah selesai semuanya, kitorang dpt berita yg condition kak dila masih sama. Epidural pun kak dila dah amik, sakitnya tak boleh dibayangkan katanya.
Bila dah masuk waktu Asar, doktor suggest utk buat pembedahan. Mak cakap, buat la apa sahaja asalkan baby dan kak dila selamat. Masa tu, kitorang dah dalam perjalanan ke Pusrawi. Tapi, kitorang tersekat dlm traffic jam sebab terpaksa redah Jalan Raja Laut. Bila sampai sana, kitorang dpt dapat tau yg baby dah selamat dilahirkan, cuma kak dila masih dlm Operation Theater utk buat jahitan. Kitorang pergi tgk baby kat babies room.
Aku tgk baby tu, punya la kecil. Tak sampai sehasta tangan aku. Masa tu, aku sedar betapa susahnya dan besarnya pengorbanan seorang ibu utk melahirkan anak. Masa tu jgak, aku terpikir macam mana ada orang sanggup buang anak yg kecil dan tak berdosa. Aku nampak, alangkah kecilnya seorang bayi yg baru dilahirkan.
Aku dah berazam, aku akan buat yg terbaik utk mak, isteri dan anak2 aku kerana pengorbanan mereka tiada hadnya.
1 comment:
2 la~
cian kak dila~
masa g tgk mula2 2 cam ok~
x sangka kena operate~
Post a Comment