Thursday, April 30, 2009

Takder idea la beb

Bila aku tengok blog-blog member, masing-masing lawa dan menarik. Aku punya blog takleh challenge blog diorang. Blog diorang dahsyat tuh! Kalau tak caya, sila layari blog mereka dgn menekan link My Friend's Blogs.

Hari ni kelas Linux mcm biasa, agak relax dan santai. Cuma kali kitorang blaja pasal LVM (Logical Volume Manager). Kitorang godeh PC kat lab, kalau technician nampak memang confirm diorang tensen (Lantak la, pedulik apa :P).

Hari ni dlm paper, ada satu berita pasal seorang pemabuk yg tersangkut punggungnya kat pagar. Mabuk punya pasal, dia pikir yg dia bole lompat lintas pagar, padahal pagar tu punya la tinggi. Nasib baik dia tgh mabuk, dia tak rasa sakit masa tersangkut, walaupun dah tertusuk sampai ke usus. Hai, mabuk.... mabuk.... mabuk....

Malam ni aku nak berangkat balik ke Kluang Johor. Nak balik rumah, pasal kena tolong mak prepare utk baby shower this weekend. Aku tak tau apa benda alah tu, katanya utk sambut cucu pertama. Malam ni aku akan balik ngn kakak aku, kul 11 amik dia kat Kelana Jaya then terus bertolak. Baiti tak kasi aku drive laju-sangat mlm ni, so aku akan drive tak-berapa-laju-sangat (hehehehe). Ala, aku memang tak drive laju pun, rilek2 sudah. Empat2 sport rim dah bengkok, kalau laju sgt maunya tertanggal.

Aku dah teringin sgt nak main bowling skang ni, so aku plan aku nak men kat johor bila dah sampai sana. Aku nak ajak family aku, kalau diorang taknak takper, aku men sorang2. Takder hal.

Tuesday, April 28, 2009

My result is out!

Result exam dah kuar dah. Alhamdulillah, aku dpt 3A- dlm subjek Computer Forensic, IT & Islam dan Final Year Project (FYP) dan 3B+ dlm Network Programming, IT Security 2 dan Tilawah 2 (hehehe). CGPA naik skit dari 2.62 ke 2.74 (bolehlah).Tapi, aku tak berapa puas ati sgt sebab aku target aku bole dapat A dalam FYP dan IT & Islam sebab aku dah perform habis sebaik mungkin. Tapi nak wat macam mana, result dah kuar dah pun.

Entah kenapa, hari ni perut aku asyik memulas je. Dah dua kali pegi toilet. Maybe pasal semalam, aku makan nasi goreng pedas sambil tgk Chelsea lwn Barcelona, pukul 2 pagi. Bila bgn pagi, perut aku terus kasi SOS signal. Aduh, peritnya tak terkata. Nasib baik la kelas Linux ni ada waktu rehat, bole aku bergegas pergi ke toilet. Tapi kalau takde rehat pun, aku kuar je. Dah emergency.

Malam ni pun ada big game, Manchester United lwn Arsenal. Rugi kalau tak tgk, tapi aku rasa aku tak larat nak bgn kul 2.30 pagi lagi. Ntah, tgk la nanti mcm mana. Kelas training hari ni, aku tak rasa ngntuk sgt sebab aku byk kehulu-hilir mengajar+mengacau org. Lg satu, nak ngntuk mcm mana kalu perut asyik sakit. Hampeh btul.



:P




My first entry

Hye,
this is my first entry for this blog.
I would to share my interest (Linux, automotive, etc) in this blog.
If there is any comment or suggestion,
you are most welcome.